01 September 2008

Ilmu

Asal-Usul Keluarganya: Dajjal adalah seorang manusia
dari keturunan Yahudi. Dia
bukan Jin atau apajua makhluk
lain selain ia sebagai manusia yg
ditangguhkan ajalnya
"MinalMunzharin" seperti halnya
Nabi Isa as yg di angkat oleh
Allah swt ke ataslangit dan
ditangguhkan kematiannya
sehingga beliau nantinya turun
semula keatas muka bumi ini lalu
beliau akan mati dan di
kuburkan di Madinah
AlMunawwarah. Sama juga
halnya dgn Iblis yg di
tangguhkan kematiannya
sehinggakiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg
tinggi dan gemuk. Hidungnya
seperti Paruh
burung.Sedangkan Ibunya pula
seorang perempuan gemuk dan
banyak dagingnya. MenurutImam
Al Barzanji ada pendapat
mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya
ialahseorang Dukun Yahudi yg di
kenali dgn "syaqq" manakala
ibunya adalah daribangsa Jin. Ia
hidup di zaman Nabi Sulaiman as
dan mempunyai hubungan
denganmakhluk halus. Lalu oleh
Nabi Sulaiman ia akhirnya
ditangkap dan dimasukkanke
dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan
kehidupan masa keciltidak
diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Dajjal ialah orang yang buta
matanyasebelah kiri, lebat
(panjang) rambutnya serta dia
mempunyai Syurga danNeraka.
Nerakanya itu merupakan
Syurga dan Syurganya pula
ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan
Dajjal yg disebutkan dalam Hadis
Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih
muda;Berbadan Besar dan agak
kemerah-merahan;Rambutnya
kerinting dan tebal. Kelihatan
dari belakang seolah-olah
dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara
sekali ada dua ertama: Buta
mata kirinya dan kelihatan
seperti buah kismis yg
kecut,manakala mata kanannya
tertonjol keluar kehijau-hijauan
berkelip-keliplaksana bintang.
Jadi kedua-dua matanya adalah
cacat.Kedua: Tertulis didahinya
tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)".
Tulisan ini dapatdibaca oleh
setiap org Islam, sama ada ia
pandai membaca atau
tidak.Mengikut hadis riwayat At-
Thabrani, kedua-dua tanda ini
menjelma dalam diriDajjal setelah
ia mengaku sebagai Tuhan.
Adapun sebelum itu, kedua-dua
tandayg terakhir ini belum ada
pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg
disebutkan dlm kitab "Shahih
Muslim", bahawaDajjal itu sudah
wujud sejak beberapa lama. Ia
dirantai di sebuah pulau
danditunggu oleh seekor
binatang yg bernama "Al-
Jassasah". Terdapat hadis
mengenainya.. (tetapi terlalu
panjang utk ditulis.. andaboleh
membaca terus dari buku).
Daripada Hadis ini jelaslah bagi
kita bahawaDajjal itu telah ada
dan ia menunggu masa yg
diizinkan oleh Allah swt
utkkeluar menjelajah
permukaan bumi ini dan tempat
"transitnya" itu ialah disebelah
Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup
setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia
memulakan cabarannya kepada
umat ini, selamaempat puluh
hari sahaja. Namun begitu, hari
pertamanya adalah sama
dgnsetahun dan hari kedua
sama dengan sebulan dan
ketiga sama dengan satuminggu
dan hari-hari baki lagi sama
seperti hari-hari biasa.
Jadikeseluruhan masa Dajjal
membuat fitnah dan kerosakan
itu ialah 14 bulan dan14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada
disebutkan:
Kami bertanya: "Wahai
Rasulullah! Berapa lamakah ia
akan tinggal di mukabumi ini?
Nabi saw, menjawab: Ia akan
tinggal selama empat puluh hari.
Hariyg pertama seperti setahun
dan hari berikutnya seperti
sebulan dan hariketiga seperti
seminggu. Kemudian hari yg
masih tinggal lagi (iaitu 37hari)
adalah sama seperti hari kamu
yg biasa.Lalu kami bertanya lagi:
Wahai Rasulullah saw! Di hari yg
panjang sepertisetahun itu,
apakah cukup bagi kami hanya
sembahyang sehari sahaja (iaitu
5waktu sahaja). Nabi saw
menjawab: Tidak cukup. Kamu
mesti mengira hari itudgn
menentukan kadar yg
bersesuaian bagi setiap
sembahyang.."
Maksud Sabdaan Rasulullah saw,
ini ialah supaya kita mengira jam
yg berlalu pada hari itu. Bukan
mengikut perjalanan matahari
seperti biasanya kitalakukan.
Misalnya sudah berlalu tujuh jam
selepas sembahyang Subuh
pada hariitu maka masuklah
waktu sembahyang Zohor, maka
hendaklah kita
sembahyangZohor, dan apabila
ia telah berlalu selepas
sembahyang Zohor itu tiga
jamsetengah misalnya, maka
masuklah waktu Asar, maka
wajib kita sembahyang
AsarBegitulah seterusnya waktu
Sembahyang Maghrib, Isyak dan
Subuh seterusnyahingga habis
hari yg panjang itu sama
panjangnya dgn masa satu
tahun danbilangan sembahyang
pun pada sehari itu sebanyak
bilangan sembahyang setahunyg
kita lakukan. Begitu juga pada
hari Kedua dan ketiga.